Dugaan selepas bertunang, gadis disihir setahun sampai hidup porak peranda



Tidak sampai seminggu mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu, seorang gadis yang dikenali sebagai Sya Aisyahra seakan-akan bukan menjadi dirinya malah menjalani kehidupan hampir separuh ‘gila’.

Menurut gadis berusia 25 tahun itu, dia menyedari dirinya disihir tanpa sedar oleh manusia yang berhati busuk selepas melakukan rawatan di sebuah pusat perubatan Islam di Kedah.

Kisah hitam itu dikongsi di laman Facebook dengan memuat naik beberapa keping gambar ketika melalui fasa ‘berperang’ dengan diri sendiri sehingga meraih 8,000 perkongsian dalam kalangan netizen.

Rancang nikah lepas 3 bulan tunang

Tapi tiba2 rasa menyesal, tergilakan orang lain, ubat cara kampung pun tak jalan

Dua kali putus tunang! Rasa sakit2, seksa hanya Allah yang tahu

Berubat di Darussyifa.. Katanya ‘dihantar’ oleh seorang perempuan

Alhamdulillah dalam proses sembuh

Nasihat buat kita semua!

Takutlah dengan azab Allah, jangan buat perkara syirik

Posting berkenaan dihujani ribuan komen netizen yang rata-rata mendoakan kesihatan Sya selain turut berkongsi pengalaman pahit yang dilalui dalam kehidupan masing-masing.